Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Mahkamah Tinggi Malaya

  1. Mendengar atau membicarakan kes-kes jenayah yang melibatkan hukuman mati.
  2. Mendengar dan memutuskan kes-kes sivil yang melebihi bidang kuasa Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret dimana jumlah tuntutan yang terlibat melebihi RM1,000,000.00
  3. Mahkamah Tinggi juga mempunyai kuasa ekslusif bagi mendengar pertikaian mengenai kes-kes
    • Perceraian dan isu-isu matrimonial
    • Admiralti
    • Kebankrapan
    • Pertikaian-pertikaian sivil syarikat
    • Perlantikan dan seliaan penjaga kanak-kanak dan harta
    • Perlantikan dan seliaan orang kelainan upaya dan harta
    • Surat kuasa mentadbir dan Probet
    • Mendengar petisyen pilihan raya
  4. Mendengar dan menentukan rayuan bagi kes-kes jenayah dan sivil daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret
  5. Menyemak keputusan dari Mahkamah Rendah, Tribunal dan badan-badan lain yang mempunyai fungsi quasi-judicial.
  6. Mengawalselia perjalanan dan pentadbiran Unit Sijil Amalan.
  7. Memantau perjalanan kes dan statistik di Mahkamah Tinggi Malaya di Negeri Pahang.

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi

  • Menjalankan tugas-tugas pentadbiran am, mendapat maklumbalas berkaitan keperluan logistik, inventori dan aset
  • Mengawal selia disiplin Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Kakitangan
  • Bertanggungjawab terhadap pendaftaran kes-kes sivil dan jenayah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya
  • Mengawal selia perjalanan kes-kes sivil dan jenayah yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Kuantan
  • Mengawal selia peguam-peguam lantikan Mahkamah untuk Orang Kena Tuduh dengan pertuduhan yang membawa hukuman mati mengikut Arahan Amalan Bil. 1 Tahun 2017
  • Bertanggungjawab terhadap pendaftaran kes-kes Rayuan dari Mahkamah Rendah (Mahkamah Sesyen dan Majistret)
  • Bertanggungjawab menyediakan statistik kes-kes sivil dan jenayah bagi Mahkamah Tinggi Malaya
  • Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Pesekutuan Malaysia dari semasa ke semasa.