Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

02 Disember 2020, (Hari Rabu) Majlis Lambaian Kasih Sajungan Budi telah dianjurkan oleh Mahkamah Temerloh dengan kejasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Kehakiman dan Perundangan Pahang Barat sempena perseraan Tuan Azuar Bin Che Yusof, Hakim Mahkamah Sesyen 1 Temerloh.

Majlis ini telah dihadiri oleh YA Dato’ Hassan Bin Abdul Ghani, Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh, Y.Brs. Tuan Dazuki bin Ali, Pengarah Mahkamah Negeri Pahang, Dato’ Sri Ramachelvan Manimuthu, Bar Representative of Pahang Bar Committee dan Tuan SUPT Mohd Azhar Bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh , Pegawai-Pegawai Kehakiman Pahang Barat, Kakitangan-Kakitangan Mahkamah Pahang Barat dan Anggota Polis Mahkamah Temerloh serta pekerja-pekerja am di Mahkamah Temerloh. 

Majlis bermula pada jam 2.30 petang dengan perarakan masuk Tuan Azuar bin Che Yusof dengan diringi oleh Pegawai Kehakiman Pahang Barat untuk terus ke sesi bergambar.

budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi
budi