Garis Panduan Kaedah Penjimatan Tenaga di Pejabat dan Premis Kerajaan

YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya bersama ini saya panjangkan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2014 berkaitan dengan “Garis Panduan Kaedah Penjimatan Tenaga di Pejabat dan Premis Kerajaan” yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

2.      SPA Bil 2/2014 adalah berkuatkuasa mulai 27 Januari 2014, selaras dengan langkah pengurangan perbelanjaan kos utiliti oleh Kerajaan sebanyak 5%.

3.      Secara ringkas, pekeliling ini telah menggariskan secara terperinci langkah dan kaedah penjimatan tenaga di Pejabat yang perlu dipatuhi meliputi penggunaan:

          (i)      sistem lampu;

          (ii)     penghawa dingin;

          (iii)    lif;

          (iv)    komputer;

          (v)     printer, scanner dan mesin fotostat.

4.      Jabatan/Agensi yang berjaya menghasilkan penjimatan tenaga melalui akan diberi penarafan star rating di mana yang terbaik akan mendapat piala dan dan sijil penarafan.

5.      Oleh itu, YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan dipohon supaya dapat memastikan semua warga PKPMP di PTJ dan Bahagian PoJ masing-masing agar dapat menyahut dan melaksanakan langkah-langkah penjimatan tenagaini dalam memastikan PKPMP menjadi sebagai agensi yang terbaik bagi tujuan ini.

Sekian, terima kasih.

Pengarah Pengurusan
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
Istana Kehakiman
14 Februari 2014

Tel: 03-8880 3838
Faks: 03-8888 4522

MUAT TURUN: Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2014 (KLIK SINI)

Total visitors to the Portal : 80,741Pelawat: Hari Ini: 403
Last updated : 27 April 2017