Bahagian Pentadbiran
- Mengurus semua urusan perkhidmatan pegawai dan kakitangan yang bertugas di Mahkamah Negeri Pahang
- Bertanggungjawab dalam urusan-urusan perlantikan, pengesahan lantikan, pengesahan jawatan, perjawatan, pencen dan persaraan.
- Mengurus Buku Rekod Perkhidmatan dan rekod cuti pegawai-pegawai yang bertugas di Mahkamah Negeri Pahang
- Mengendali Sistem HRMIS
- Mengendali Sistem Pengurusan Aset Jabatan
- Mengurus Latihan/Kursus dan Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan
- Urusetia disiplin dan tatatertib
- Mengawalselia urusan penggunaan kenderaan jabatan
- Pengurusan Majlis dan Mesyuarat
- Mengurus Pembekalan Surat Khabar
- Mengurus Perolehan Bekalan dan Kelengkapan Pejabat
- Mengurus Penyelenggaraan Mesin dan Komputer
- Mengemaskini kandungan Portal Mahkamah Negeri Pahang
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa
Unit Kewangan
- Mengawalselia urusan berkaitan kewangan di Mahkamah Negeri Pahang bagi bagi urusan pembayaran gaji dan ganjaran.
- Menyedia anggaran Belanjawan Mengurus dan Tanggungan.
- Menyediakan Penyata Penyesuaian Bulanan
- Menyediakan Baucar Bayaran Am dan Baucar Jurnal Akaun Pendahuluan Diri Di Bawah A.P. 54
- Menyemak Dan Meluluskan Baucar Pembayaran
- Memastikan semua bil dan tuntutan di bayar dalam tempoh 14 hari daripada tarikh dokumen di terima dengan sempurna
- Bertanggungjawab memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah dirancang oleh Jabatan/agensi
- Mengendalikan Kontrak Perjanjian Sewa Pejabat/Bangunan serta mesin
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa
Unit Hasil
- Memberi khidmat sokongan pentadbiran yang cekap dan berkesan kepada pelanggan.
- Memastikan hasil dan deposit dapat di kutip sekurang-kurangnya 90 % setiap hujung tahun
- Memastikan sistem bayaran e-court finance melalui kaunter/epos dan epcs befungsi dengan baik bagi memudahkan orang awam yang menggunakan perkhidmatan di Mahkamah
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa